kisah seorang pelajar separuh masa..

the end of semester

Posted by: ajurina9 on: August 11, 2008

Kejap je belaja dah exam kan? Aku pun rase aneh cepatnyer masa berlalu. Last week was the presentation week. We did well on Multimedia Technology presentation. Lecturer pun puji. Bole jual CD tu katenyer. Thanks to all my groupmate. Berbaloi bersengkang mata seminggu semata-mata nak siapkan the project. We should get and A for that subject. Tapi kalau exam kantoi bole ke dapat A? Hehe. My ICT presentation was a little bit suck. I donno what the hell I talked about and seems like nobody pay attention and interested with it. Haha. Takpe lecturer tu kewl je. DIe kate this is the subject everybody should get A.

Here I am in the middle of the night writing this as I should sebab ni kan blog aku sebagai seorang pelajar kononnyer. Haha. My study week is not very good. Semalam berpoya-poya kat rumah Elma, makan-makan, bergosipan dan maka lagi sampai ngantuk. Ashiq call teman shopping. Layankan je. The whole day today aku tido je keje. Lepas lunch tido lagi. Makanan memang buat aku ngantuk kaw kaw. Semalam mak Elma masak sedap melampau. Teman Ashiq shopping pun rase nak tido so layan Hazelnut Cofee kat OldTown baru mata segar. Risau nak drive ngantuk-ngantuk tu. So ape je yang aku study? Adela sket. Selebihnyer layan Facebook.

Semester September register on the first week. End of September dan start Seminar 1. Aku dah selamat balek Raya sampai 9 Okt. Multimedia Technology exam is this Friday. Saturday exam ICT and SUnday will be Fundamental of Communication. Wish me luck.

Ada satu ketidak selesaan yang terpaksa aku hadapi sekarang ni. I am not telling everybody I am earning my Master. Niat tu bukan sebab nak naik gaji or nak bangga dengan diri sendiri. Sebab utama adalah untuk kepuasan diri sendiri. Keje aku sekarang lebih kepada graphic, so aku nak learn more sementara otak masih fresh. Lagipun banyak masa aku ada. So i just want to value myself. Some more ayah sudi menaja. I’ve told this earlier. Ada orang yang provoke kata nanti kene carik laki biar sekufu. Sekufu dari segi level of education. Honestly aku tak kira pun semua tu. Yang penting orang tu sedar diri dan bertanggungjawab.

kisah sekolah lagi

Posted by: ajurina9 on: July 24, 2008

Eh lupa plak nak update perjalanan perngajian aku lately. Last week dah Seminar 4. Wow cepatnyer mase berlalu. Cam baru je aritu aku daftar. Minggu depan dah Seminar 5 dan 2 minggu kemudian exam? Betulla kawan aku cakap. 2 tahun tu tak lame mane pun. Pejam celik pejam celik dah dua taun. Lainla kalau pejam je tak celik-celik dah. Na’uzubillah. Mintak panjang umur lagik la.

So last week ada 2 asemen nak kene presentation. Public speaking dan E-newsletter. Sunguh laaaa aku tak suka public speaking ni sebenarnyer tapi buat-buat suka jek la. Dahla prektis malam sebelum tu. Pastu ape aku merepek goreng pun aku tatau laaaa.. tapi kurang gak dari masa yang ditetapkan. Ah belasah la janji aku selamat bercakap dengan orang awam. Haha.

Kelas tengahari cam baisala. Dengan bebelan Prof. Abdullah. Pastu lepas lunch ramaila yang tersengguk-sengguk tahan ngantuk kecuali aku. Hee.  Kelas petang plak tutorial cem biaserla. Kasi tips exam bagai pastu cikgu tu gtau cemane nak present untuk next classs.

Aku rasa aku dah hampir expert jalan masuk KL. Yeke? Pagi tu sesat gakla sket sebab terlepas simpang ke PWTC. Sib baik tak lambat sangat masuk kelas. Balek tu dah tak sesat sangat dah. Sekali lagi pegi kompom tak sesat. Yey! So sampai ke mid Ogos aku akan sibuk menyiapkan keje sekolah dah study. Ape study?!

fundamental of communication

Posted by: ajurina9 on: July 16, 2008

Assignment 1: Public Speaking
- polish speech
- cite quote
- email to prof. rahmah for advice

Assignment 2 – LC
- website
- gather replied interviews
- put in ready info

padan muka..

Posted by: ajurina9 on: July 15, 2008

Aku dah pening memang tak dapat dipisahkan. Kalau aku pening time PMS mau rase nakmengamok je. Kalau aku pening dalam mood yang bagus aku boleh kawal dan cuba abaikan. Tapi pening kali ni dah seminggu lebih lamanya. Hilang kejap je lepas aku makan actifast. Ahad lepas pi kenduri opismate kat Shah Alam kene hujan lebat  gak. Maka pening makin kuat dan berdenyut-denyut.

So semalam atas saranan sorang kawan aku gi carik panadol extra kat Watson. Takdek. Ingatkan balek nak makan actifast je. Mila sarankan makan pil megren kaler biru. Nanti die belikan mase balek Kajang. Actually ubat tu tak semua farmasi kasi sebarangan. Sampai umah je Farah lak rekemenkan ubat megren die. Same as what Mila mentioned. So I took 1 capsule. Mila cadangkan makan 2 bijik but I want to try 1 je.  Kol 9 malam aku telan ubat tu. Kemas-kemas dapo sket naik atas mandi.

20 minutes later aku rase sesak nafas n batuk-batuk. Tekak rase semacam je. Hidung tibe-tibe tersumbat. Muke jadi merah. Aku tanyer Mila ubat ni ade kesan sampingan ke. Aku baring and try tido. Makin menjadi-jadi lak. Tak boleh jadi ni. Aku ajak Farah and Mila gi klinik. Muke aku dah start bengkak. Sampai klinik je muke aku cem alien dah. 10 minit lagi klinik tu nak tutup. Takde orang lak kat reception desk. 10 minit gak tunggu baru minah receptionist tu datang. Pasni mesti kene marah doktor sebarangan makan ubat. Lama gak baru aku kene panggil. Tak tahan dah duduk menunggu sebab dah gatal-gatal the whole body. Farah nak amek gambar sebagai kenangan tapi aku takmo. Hodoh siot muke aku. First time kene ni. Tak pernah lak alah ubat. Derang makan ubat tu relek je sampai 2 bijik.

Rupenyer doktor tengah buat small operation kat pesakit di dalam. Patutla lame. Doktor tu nampak muke aku je kesian. Sib baik tak kene marah. Die kate jangan makan dah ubat tu. Memandangkan klinik nak tutup dah so die inject je. Pastu terus hilang segala selsema hidung tersumbat. Badan pun cam seram sejuk je cam nak pitam pun ade. Balek umah makan ubat terus pengsan. Dapat MC sehari. Sekian. Pengajarannya, jangan makan ubat sebarangan.

dimana.. kan ku cari ganti

Posted by: ajurina9 on: July 11, 2008

Lately banyak dugaan datang dalam hidup aku. Good news nyer dapat increment gaji. Alhamdulillah sangat walaupun tau gaji selalu masuk lambat. Ade dugaan yang memeningkan kepala. Baru tau dari kakak rupanya soalan cepu emas tu ayah yang bertanyakan. Kalau dah ayah yang bertanya, persoalan itu adalah serius! Nantila aku call sendiri ayah dan eksplen supaya dia tidak risau dan tolong jangan bertanyakan hal itu sehingga aku sendiri yang bagitau. Aku janji, insyaAllah, sebelum umur 28 aku tunaikan janji tu.

i am 26?

Posted by: ajurina9 on: July 9, 2008

Yup. I am going to be 26 in a few minutes. 26? Wow dah lebih dari suku abad dah tu. Yang bestnyer mak aku bole lak call tanyer brape umur aku? Soh carik calon-calon cepat. Haaaa tak tertekan kau bila mak sendiri cakap camtu? Megren terus pale otak aku lalu tido.

Stress

Posted by: ajurina9 on: June 30, 2008

Mana lebih sukar?
Membiarkan hati sendiri tergores?
Atau menggores hati orang lain?

Assignment

Posted by: ajurina9 on: June 28, 2008

Letey belajar ni sebenarnya. Letey sebab buat part time. Malam dah letey bekerje siangnya. Weekend plak buat keje rumah dan bangun lambat. Tapi takpe, inilah jalan yang aku pilih. I have to live with it. Untuk kepuasan diri. Supaya hidup ini lebih bermakna.

Baru siap satu asssignment ICT yang patut hantar minggu lepas. Sekarang tengah baut assignment exercise dalam buku teks. Nanges gakla nak jawab soalan study case nih. Takpe settlekan satu-satu. Lepas siap ni aku nak nonton satu movie baru sambung buat assignment lain. Huhu. Berusahalah!

Luka..

Posted by: ajurina9 on: June 27, 2008

luka lama dah kembali bernanah..

Seminar 2

Posted by: ajurina9 on: June 24, 2008

Seminggu sebelum seminar 2, setiap malam aku tido lambat menyiapkan project yang perlu dihantar progressnya. Assignment yang sepatutnya dihantar tak siap. Yang tak siap boleh hantar sebelum seminar 3 nanti. Seawal 7.30 pagi dah gerak dari rumah follow belakang kereta salah sorang coursemate yang kebetulan tinggal berhampiran. Kalau aku pegi sorang rasanya belom boleh ingat jalan. Masa balik hujan baru je berenti dan masih renyai-renyai. Malamnya aku kepengsanan tido seawal jam 10.

Beberapa hari ni mood aku agak cranky. PMS sama kepenatan. Bila aku moody, silap kecik pun boleh buat aku emo, pastu aku mula berkira, jahat orang semua aku nampak. Ditambah lagi dengan pening memikirkan keadaan negara yang huru hara sebab minyak naik. Pagi tadi baca pasal stesen minyak maybe tak terima kad kredit. Menangis gak nak sediakan duit cash setiap kali beli minyak. Memang terkesan sangatla pasal harga minyak ni. Nak beli barang kat kedai pun fikir dua tiga puluh kali. Apa lagi nak membeli senarai wishlist.