kisah seorang pelajar separuh masa..

News update

Posted by: ajurina9 on: June 9, 2008

Huh! letih. Lately aku memang cepat letih. Bila letih mood cepat tersasar dan aku selalu memilih samada untuk tido ataupun berdiam diri je. Mujur keletihan itu tiba bila waktu hujung minggu, so aku memilih untuk berada di dalam bilek. Apa yang aku letihkan? Letih mental dan fizikal. Memikirkan tentang pelajaran, masa depan kerjaya dan juga kesihatan yang agak tidak memuaskan.

Bersukan
Last Friday kami kembali semula mengegarkan gelangggang badminton, kali ni di Kelab Komuniti Cyberjaya. Walaupun jumlah pemain tidak ramai, we are having fun bersukan. 2 hari kemudian rasalah sakit satu badan. Masih terasa sengal di beberapa bahagian badan yang mungkin akan hilang beberapa hari lagi. Tak sabar nak tunggu next Friday plak. Harap-harap beban lemak ni dapat dikurangkan sikit bila start bersukan ni. Lemak kat perut makin tebal beb.

Sabtu
Pagi Sabtu bangun dengan kesengalan badan yang masih terasa. Sarapan pagi dengan nasik lemak masakan Hanum yang super pedas. Keluar sepagi jam 10 ke kedai servis kereta tapi hampa. Tutup. Melencong ke Jusco sementara menunggu my coursemate sampai untuk copy installer Macromedia Director. 11.00 off to stesen ERL, drop Ijan kat sana untuk balek ke Ampang. Balek rumah sambung tido. Kesengalan badan semakin terasa lalu memutuskan untuk membatalkan plan ke majlis pertunangan kakak Syikin di Semenyih. Tak larat.

Ahad
Sunday morning bangun awal pagi lagi, ada janji dengan aweks dan mak orang berjumpa dengan Eema di Midvalley. I drove there for the second time. Of course takkan ingat jugak jalan for the next time. So we sarapan kat KFC sambil tunggu Eema yang sesat jalan ke Midvalley. So kami masuk hampir semua kedai yang berkenan, carik hadiah for my team member, and makan-makan lagi sementara tunggu Ijat and Yan sampai. Sadly, manusia cepat berubah. Erm..

Isnin
Pagi Isnin plan nak masuk office lambat. Bangun pun dah lambat so sampai ke Perodua Balakong dalam jam 9.30 pagi. Parking agak penuh so tidak menyimpan harapan tinggi untuk settle cepat. Harapan memang tak tinggi tapi musnah bila akak kat kaunter tu kata mereka dah tak terima walk in appointment. Nak buat temujanji kene tunggu 2 minggu oi. Dengan kecewa aku kembali ke SK, pegi kedai servis kat depan Jusco je. Nasib tak ramai orang so settle dalam masa sejam. Tetibe rase letey dan ngantuk lantas menalipon Neth membagitau nak cuti terus je. Kebetulan memang takde keje dannnnnn takde email gaji lagi. So kenapa perlu memboringkan diri di opis?

Naik?
Kat berita masih tak abis-abis lagi isu minyak. Dulu minyak naik 30 sen dalam masa beberapa bulan rakyat dah tutup mulut. Kali ni naik 2 kali ganda mungkin takkan dapat tutup mulut rakyat lagi. Sibuk dengan kempen ubah cara hidup. Nak ubah cemane lagi? Selama ni pun aku tak berubah langsung. Anti-sosial. Hari-hari pegi balek keje je. Weekend kalau takde orang ajak, atau takde rase nak keluar dari rumah memang tak keluar. Baju pun setahun boleh kira berapa kali beli. Kasut pun pakai selagi tak koyak atau lusuh. Makan? Kami makan macam mana orang lain makan, kedai biasa jek. Kadang-kadang masak je. Kalau betullah kerajaan memang bermaksud kempen ubah cara hidup tu, kenapa buat bangunan canggih-canggih semata-mata nak impress kan negara luar? Kenapa hantar angkasawan untuk melancong ke angkasa lepas?

Study
Dah masuk minggu kedua assignment aku belum satu pun ada yang complete untuk hantar next class. Untuk group assignment pun sempat buat sekali je perbincangan. The rest up to individual. Mungkin aku perlu curi sikit masa office memandangkan tengah takde keje.

Kerjaya
Kami semakin risau sekarang. Daripada gaji 1000 untuk first partial, sekarang dah 700. Balance untuk gaji bulan Mei belum ada kabar berita bila akan di bank-in. Kete dan PTPTN belum bayar lagi. Nampaknya macam kene start looking for another job. Ermm..

Family
Rumah di kampung semakin sunyi. Bulan Jun nanti adik aku yang bongsu terbang ke Perlis. Dapat study sana. Mak macam susah sikit nak melepaskan anak kesayangan sorang tu ke sana. Kakak dan abang ipar akan pindah ke rumah sendiri. Adik perempuan ade kat umah satu lagi temankan adik ipar. So tinggal bapak dan mak aku dengan abang aku yang selalu tak lekat dirumah.

Dari isi hati
Secara jujurnya banyak perkara yang aku dah let go. Menjadi diri sendiri adalah prinsip utama diri. Tak perlu nampak menonjol dan menjadi perhatian ramai. Cukupla dapat menarik perhatian diri sendiri untuk lebih maju. Kita sendiri mesti tahu apa yang kita nak, hiduplah dengannya. Hiduplah kerananya. Sayangilah diri anda.

Leave a Reply