kisah seorang pelajar separuh masa..

Mentari

Posted by: ajurina9 on: May 25, 2008

Suatu masa dulu mentari itu pernah menyinari siangku dengan cahaya ajaibnya. Membuatkan siangku dipenuhi pelangi cantik. Walaupun mendung seketika, aku tahu mentari akan muncul disebalik awan cerah menyinari semula siangku yang sekejap kelam tadi. Siang-siangku seakan-akan takkan malam.

Aku semakin hanyut dengan cahaya terang mentari dan pelangi sehingga alpa. Aku tidak sedar bahawa mentari menyinari seluruh alam sama banyaknya disegenap pelusuk bumi. Tiada kurangnya seperti apa yang diberikannya kepadaku. Setelah aku memberanikan diri melihat alam lain aku belajar dan mulai menerima kenyataan itu. Aku bersyukur kerana cepat tersedar.

Sekarang aku tudak lagi memuja cahaya mentari itu. Mentari itu adalah mentari siang seperti siang semalam yang tidak aku rindu lagi setelah hadirnya malam. Istimewanya mentari itu sama seperti mulia hatinya memberi cahaya ke seluruh alam. Semoga mentari itu terus bersinar kerana ramai perlukannya. Semoga aku tidak terpukau lagi dengan cahaya indah mentari serta mengabaikan penciptanya.

Leave a Reply