Posted by: ajurina9 on: May 25, 2008
Bukan semua orang boleh kita minta tolong. Minta tolong ada caranya. Aku pantang kalau orang minta tolong macam bagi arahan yang sangat demand dan tidak berbudi bahasa.
Posted by: ajurina9 on: May 25, 2008
Suatu masa dulu mentari itu pernah menyinari siangku dengan cahaya ajaibnya. Membuatkan siangku dipenuhi pelangi cantik. Walaupun mendung seketika, aku tahu mentari akan muncul disebalik awan cerah menyinari semula siangku yang sekejap kelam tadi. Siang-siangku seakan-akan takkan malam.
Aku semakin hanyut dengan cahaya terang mentari dan pelangi sehingga alpa. Aku tidak sedar bahawa mentari menyinari seluruh [...]
Posted by: ajurina9 on: May 25, 2008
Macam tak percaya minggu depan aku akan memulakan pengajian semula. Kelas yang pertama aku harap berjalan dengan baik. Buku masih belum dibelek sepuas hati.
Posted by: ajurina9 on: May 5, 2008
Maaflah sebab aku senang menggunakan bahasa pasar sendiri. So abaikan percubaan aku untuk menggunakan bahasa melayu baku, walaupun sesungguhnya aku senang kena gelak dengan kebakuan bahasa aku sendiri. Haha
Well, my registration day went well tetapi penat. Bangun seawal 6.30 pagi (awal ke?) aku bersiap dan berdesup ke Stesen Bandar Tasik Selatan, port parking biasa kalau [...]
Posted by: ajurina9 on: May 2, 2008
Alhamdulillah, aku telah berjaya melancarkan satu lagi misi dan menanda pangkah pada salah satu wishlist untuk tahun ini. Berkat dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan, juga semangat dari dalam diri untuk belajar semula, maka aku telah memohon untuk menyambung belajar di peringkat master di Universiti Terbuka Malaysia Mei ini.
Setelah menyuarakan hasrat ini kepada keluarga, ayah bersetuju [...]